Fuh! Notebook Dengan Keyboard Hologram

Gadget, Tech

Minggu ini Lenovo telah memperkenalkan 3 notebook terbaru dari Yoga series mereka. 3 notebook yang diperkenalkan adalah Lenovo Yoga S730, Yoga C930 dan Yoga Book C930.

Lenovo nampaknya mengfokuskan notebook Yoga series yang terbaru ini kepada pengguna yang mencari notebook yang nipis tetapi masih mempunyai performance yang tinggi.

LENOVO YOGA S730

Notebook pertama yang diperkenalkan adalah Lenovo Yoga S730. Notebook yang nampak premium dengan body yang diperbuat dari aluminium ini mempunyai ketebalan 11.9mm dan cuma seberat 1.2kg.

Dilengkapi dengan 8th Gen Intel Core i7 processor yang mampu berkerja 40% lebih bagus dari notebooknotebook lenovo sebelum ni dan memudahkan mereka yang selalu multitasking semasa menggunakan notebook mereka.

Lenovo Yoga S730 dikatakan mampu bertahan sehingga 12 jam dan mempunyai fungsi Rapid Charging. Pihak Lenovo juga mengatakan dengan Rapid Charging, Lenovo Yoga S730 mampu di charge sehingga 80% dalam satu jam sahaja.

Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan Lenovo Yoga S730, Korang boleh dapatkannya secara online ataupun di semua kedai rasmi Lenovo bermula 1 December 2018.

LENOVO YOGA C930

Lenovo Yoga C930 menampilkan Rotating Sound Bar dengan Dolby Atmos Speaker System untuk impak immersive sound yang mantap untuk sebuah notebook yang nipis sepertinya.

Dengan screen sesentuh, Lenovo Yoga C930 turut didatangkan dengan digital pen yang boleh di charge bila dimasukkan kedalam notebook Yoga C930 ini. Dengan cara ini, tiada lagi kes kehilangan pen digital bila menggunakan Lenovo Yoga C930.

Processor yang digunakan untuk Yoga C930 ini adalah 8th Generation Intel Core i7-8550U dan 8th Generation Intel Core i5-8250U dengan Intel HD 620 untuk graphic. Notebook yang seberat 1.38kg ini terdapat dalam 2 warna iaitu Iron Gray dan Mica.

Lenovo Yoga C930 boleh didapatkan secara online di web rasmi Lenovo.

LENOVO YOGA BOOK C930

Notebook yang ini betul-betul menarik bagi aku. Lenovo Yoga Book C930 ni didatangkan dengan Dual Display yang mana second screen yang boleh dijadikan sebagai keyboard ataupun boleh diubah menjadi E-Ink display yang mana korang boleh melukis diatasnya.

Keyboard yang digunakan adalah jenis hologram dan korang perlu menekan satu tab sahaja untuk menukarnya daripada keyboard kepada E-Ink Display.

ketebalan untuk Yoga Book C930 ini hanya 9.9mm membuatkannya salah satu notebook ternipis yang ada dipasaran sekarang. Yoga Book C930 ini juga boleh dilipat dan screennya boleh digunakan untuk membaca E-Book sebagai contoh. Tak dinafikan Lenovo Yoga Book C930 merupakan notebook yang banyak menarik perhatian orang ramai semalam.

Yoga Book C930 ini terdapat dalam satu warna sahaja iaitu warna Iron Gray. Buat masa ini harga dan tarikh pengeluaran yang masih belum diumumkan dan kemungkinan besar akan dipasarkan di penghujung bulan December tahun ini.

LENOVO X NERDUNIT

Semasa majlis pelancaran semalam, Lenovo juga mengumumkan kerjasama mereka dengan jenama streetwear dari USA iaitu Nerdunit.

Pelanggan Lenovo dan Nerdunit akan mendapat promosi khas semasa perlancaran siri Lenovo Yoga terbaru ini nanti. Akan terdapat art event yang akan dijalankan di Nerdunit flagship store di tingkat 5 Pavilion Kuala Lumpur.

KATALAKI: Kalau bro jenis mat-mat kreatif, Yoga Book C930 tu aku rasa paling sesuai dengan korang. Sambil buat keje boleh tukar screen and lukis-lukis!

Last modified: 21 November 2018