Youtube Premium Di Malaysia – Ini Yang Korang Patut Tahu

Feature, Sembang

ϟ Trending

Sekarang ni penguna-penguna Youtube di Malaysia dah boleh layan Youtube tanpa dikacau oleh iklan-iklan, dengan mengunakan account Youtube Premium. Youtube Premium yang baru saja dilancarkan di Malaysia boleh di langgan dengan harga serendah RM17.90 sebulan, dan yang paling best sekali adalah korang boleh try account Youtube Premium secara percuma buat tempoh yang diberikan selama lebih kurang 4 bulan sebelum membayar harga langganan RM17.90.

Image via: Thelaki.com.my

RED KE PREMIUM

Youtube Premium yang sebelum ini dikenali sebagai Youtube Red memberikan penguna kepuasan untuk melayan video-video dengan harga langganan yang ditetapkan. Walaupun secara azali, kita boleh mengunakan Youtube tanpa perlu membayar sebarang harga bulanan, dengan adanya Youtube Premium ini, ia membenarkan penguna untuk menonton video-video di Youtube sama ada di smartphone, SmartTV, setup box, android box atau computer tanpa sebarang iklan yang dimainkan.

DOWNLOAD DAN LAYAN

Selain daripada ad-free, setiap pelanggan account Youtube Premium juga boleh download video yang ingin ditonton untuk dilayan secara offline. Setiap penguna Youtube Premium akan dapat icon khas “download” dibawah video yang ditonton. Features ini bagus untuk mereka yang mempunyai size data yang kecil ataupun berada di kawasan yang mempunyai line coverage yang rendah, kiranya korang boleh download dulu video-video yang korang nak tengok secara offline dan layan tanpa mengunakan data Internet. Bukan hanya video sahaja, tetapi features ini membolehkan korang untuk download playlist video di Youtube dan tonton secara offline juga.

BIla korang langgan account Youtube Premium, korang juga akan dapat Youtube Music dan Google Play Music secara percuma. Sama juga seperti features video, dengan adanya Youtube Music korang boleh layan lagu-lagu yang korang nak tanpa dikacau dengan iklan-iklan, Youtube Music juga membolehkan korang untuk layan lagu-lagu kegemaran.

 LAYAN VIDEO SAMBIL TUKAR APLIKASI

Salah satu lagi features yang menarik untuk service penstriman berbayar Youtube Premium ini adalah dimana ia membenarkan penguna untuk bertukar ke aplikasi lain sambil video di Youtube tersebut masih terus dimainkan pada background, walaupun jika screen smartphone telah dipadamkan, video yang sedang ditonton masih tetap dimainkan.

CARIAN MUZIK POWER

Untuk Youtube Music pula, salah satu features yang best pula terletak pada pencarian search engine yang dikuasakan oleh Google. Misalnya jika ada sesebuah lagu yang korang nak dengar, tapi terlupa atau tak tahu tajuk lagu tersebut, apa yang korang boleh buat adalah dengan hanya menaip lirik lagu tersebut ataupun mengunakan keyword berdasarkan soalan.   

YOUTUBE ORIGINALS

Image via: https://www.indiewire.com/

Sama seperti syarikat penstriman berbayar seperti Netflix, Iflix, Hulu, HBO GO. Youtube juga turut mempunyai siri originals mereka yang disajikan kepada penguna-penguna Youtube Premium. Antara siri Youtube originals yang tengah top sekarang adalah Cobra Kai, Scare Pewdiepie, Kedi, Step Up: High Water.

Buat seketika ini, kami dapat tahu ada beberapa penguna yang hanya menerima free trial selama 1 atau pun 2 bulan sahaja.  Ini mungkin bergantung kepada peranti ataupun desktop yang digunakan. Jadi sebelum korang mula daftar, pastikan korang check dulu tempoh free trial yang ditawarkan.

KATALAKI: Mampukah Youtube mengalahkan Netflix?

ϟ Trending

Last modified: 11 November 2019