YouTube Tips & Tricks Yang Mungkin Korang Belum Tahu

Life x Tips, Sembang

Sekarang ni YouTube merupakan salah satu medium yang paling penting untuk setiap manusia yang ada di dunia. TV bukan lagi pilihan orang ramai untuk menghiburkan mata, telinga dan perasan. Kalau dah bosan menghadap Netflix, memang YouTube lah menjadi pilihan ramai. Semua benda ada kat YouTube. Macam mana cara nak buka pintu pun ada kat YouTube. Berjuta views lak tu.

Image Via : YouTube

Disebabkan korang memang dah selalu guna YouTube, rasanya korang pun memang dah cukup handal dan tahu macam mana nak guna YouTube sama ada kat website atau smartphone. Tapi sebenarnya ada lagi beberapa tips & tricks untuk gunakan YouTube yang mungkin korang tak tahu lagi. Mari kita cuba!

360 Video

Kalau korang nak rasakan kelainan masa tengok YouTube, cuba korang layan 360 video yang memang berlambak kat YouTube. Taip je 360 video kat ruangan search tu mesti jumpa. Video roller coaster ada, meluncur atas air ada dan atas udara pun ada. Kalau korang ada peralatan untuk tengok VR video, boleh cuba search VR Video gak.

Tengok Dan Dengar Berulang Kali

Ada gak yang jenis suka dengar lagu kat YouTube sambil buat kerja lain. Kalau korang nak dengar lagu atau tengok video muzik lagu tu berulang kali, korang hanya perlu tambah perkataan “repeater” selepas perkataan YouTube kat URL video muzik tersebut. Ini cara lama tau.

Kalau cara terbaru pula, korang boleh right click je dekat video Youtube yang korang tengah layan tu dan pilih “loop“. Lepas tu video tu akan main berulang kali tanpa henti.

Image Via : YouTube

Kongsi Video Mengikut Masa Sesuka Hati

Kalau ada bahagian yang lawak dan memang menarik untuk dibawangkan kat dalam video di YouTube, pastu korang nak kongsikan dengan kawan-kawan, tak semestinya korang kena suruh kawan korang tengok video tu dari awal. Contohnnya bahagian yang korang nak kongsikan tu di minit yang ke-3, tekan right-click kat mouse masa video tu tengah berjalan atau pause kat minit ke-3 dan pilih “Copy video URL at current time“. Pastu kongsikan lah link tu kat kawan-kawan korang.

Image Via : YouTube

BTW, Kalau korang rasa korang ni sejenis yang terrer suka main trick-trick macam ni. Apa kata korang try main “Lost in KL Escape Room”. Sekarang ni tengah ada harga promosi Admission to Lost in KL Escape Room for 2 Persons dengan harga RM70. Jimat 17% daripada harga biasa tu geng. Jadi? Apa tunggu lagi. Klik KAT SINI untuk pergi beli cepat-cepat!

KATALAKI: Kalau nak buat GIF gunakan video kat YouTube pun boleh gak. Baca kat sini kalau nak tahu caranya macam mana.

Last modified: 5 November 2019