Zlatan Ibrahimovic Ada Kembar?

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Zlatan Ibrahimović merupakan pemain bola sepak yang masih lagi aktif secara profesional walaupun dah berusia 39 tahun pada tahun 2020, pernah menjaringkan gol dalam 4 dekad berturut-turut (1990s, 2000s, 2010s dan 2020s) selepas berpindah ke A.C. Milan secara rasmi pada 3 Januari 2020. Setakat ni, Zlatan Ibrahimović dah pernah menjaringkan lebih daripada 500 gol sejak bergelar pemain bola sepak profesional.

 

View this post on Instagram

 

I hear you

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on

Selain daripada mempunyai ketinggian yang mencecah 195 cm, Zlatan Ibrahimović juga merupakan seorang pemain bola sepak yang lantang bersuara. Salah satu musuh ketat Zlatan Ibrahimović dalam bidang bola sepak adalah Pep Guardiola, sehingga dipinjamkan ke A.C. Milan dari Barcelona pada tahun 2010 disebabkan dah tak sehaluan dengan Pep Guardiola yang merupakan pengurus Barcelona masa tu.

Tapi persoalannya sekarang ni, betul ke Zlatan Ibrahimović sebenarnya ada kembar yang mempunyai iras wajah lebih kurang sama? Kembar Zlatan Ibrahimović yang dimaksudkan tu adalah Nihad Đedović, pemain bola keranjang yang beraksi untuk pasukan bola keranjang Bayern Munich, berusia 30 tahun pada tahun 2020.

Zlatan Ibrahimović dan Nihad Đedović takde pertalian darah pun sebenarnya. Tapi secara kebetulan atau digelar Doppelgänger, iras wajah Zlatan Ibrahimović dan Nihad Đedović nampak lebih kurang sama.

 

View this post on Instagram

 

In-season

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on

 

View this post on Instagram

 

🤫 Pokal&Liga 2018!!

A post shared by Nihad Djedovic (@dzeda14) on

Pada tahun 2019, Nihad Đedović pernah buat prank di Amerika Syarikat dan berlakon sebagai Zlatan Ibrahimović untuk bergambar dengan orang ramai. Korang boleh layan jap video prank Nihad Đedović kat bawah ni.

Selain daripada Zlatan Ibrahimović, ada gak manusia lain yang mempunyai iras wajah yang lebih kurang sama dengan salah seorang pemain bola sepak ternama dunia iaitu Cristiano Ronaldo. Athanassios Kotsabassidis atau lebih dikenali sebagai Saki merupakan seorang freestyler yang popular berasal dari Jerman. Bukan hanya popular sebab boleh mengawal bola dengan gempak, tapi popular juga disebabkan muka yang lebih kurang sama macam Cristiano Ronaldo.

 

View this post on Instagram

 

Kuala Lumpur 👍 @bk8asia

A post shared by Saki (@sakioficial) on

KATALAKI: Muka sama dengan orang popular takpe lagi. Cuba muka sama dengan orang yang dikehendaki polis, Jho Low contohnya. Mesti merana.

Last modified: 28 January 2020