Zlatan Ibrahimovic Kembali Ke La Liga?

Aktif, Bola

Walaupun dah berusia 38 tahun pada tahun 2019 ni, tapi Zlatan Ibrahimovic masih lagi berupaya untuk menggegarkan dunia selepas baru-baru ni memuat naik story di Instagram, macam bagi hint yang Zlatan Ibrahimovic akan kembali ke La Liga.

Hanya 7 perkataan yang diungkap menerusi story di Instagram, peminat-peminat bola sepak dah mula cemas, pasukan La Liga mana satu yang akan menjadi pilihan Zlatan Ibrahimovic?

 

View this post on Instagram

 

Zlatan: “Hola Espana, guess what? I’m coming back.” Football fans on social media:

A post shared by Bleacher Report Football (@brfootball) on

Setakat artikel ni ditulis, Zlatan Ibrahimovic masih lagi bermain bersama pasukan LA Galaxy di Amerika Syarikat dan baru je tamat musim 2019. Korang rasa pasukan mana yang mampu dan layak untuk bawa Zlatan Ibrahimovic beraksi semula di La Liga? Sebelum ni, Zlatan Ibrahimovic dah pernah beraksi di La Liga bersama Barcelona pada tahun 2009 sebelum berpindah ke AC Milan pada tahun 2011.

Sepanjang beraksi bersama Barcelona, Zlatan Ibrahimovic terlibat dalam 46 perlawanan, berjaya jaringkan 22 gol, mengumpul 13 assist dan pernah menang 5 piala. Tapi disebabkan tak sebulu dengan Pep Guardiola yang masa tu merupakan pengurus pasukan Barcelona, Zlatan Ibrahimovic terpaksa dipinjamkan ke AC Milan selama 1 musim sebelum berpindah secara kekal.

Prestasi Zlatan Ibrahimovic masa beraksi bersama LA Galaxy boleh tahan gempak gak kalau nak diukur berdasarkan umur seorang pemain bola sepak profesional. Zlatan Ibrahimovic berjaya jaringkan 53 gol dalam 58 perlawanan bersama LA Galaxy selama 2 musim. Malang sekali, Zlatan Ibrahimovic tak pernah menang apa-apa piala bersama LA Galaxy. Kalau Zlatan Ibrahimovic memang confirmed pindah ke La Liga, kempunan la kita nak tengok Zlatan Ibrahimovic angkat piala dengan LA Galaxy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zlatan Ibrahimović (@iamzlatanibrahimovic) on

KATALAKI: Kalau pengumuman ni gimmick daripada Zlatan Ibrahimovic untuk promote penaja je semata-mata, memang tertipu la semua orang.

Last modified: 30 October 2019