Zombie Dalam Game PUBG Mobile?!

Game, Tech

Baru-baru ini terdapat beberapa update untuk permainan video PUBG. Ini termasuk PUBG pc dan juga PUBG Mobile. Antaranya adalah kolaborasi antara permainan video Resident Evil dan juga open beta untuk PUBG Lite di pc.

Sebelum itu, satu ucapan tahniah kepada PUBG kerana telah memenangi anugerah permainan video terbaik tahun 2018 pada Steam Award 2018 yang dianjurkan oleh Valve. PUBG telah mengalahkan Monster Hunter: World, Kingdom Come: Deliverance, Hitman 2 dan Assassin’s Creed Odyssey!

PUBG MOBILE X RESIDENT EVIL

Ok berbalik kepada update terbaru untuk PUBG. Permainan video Resident Evil 2 yang baru dilancarkan pada bulan lepas telah menyatakan yang mereka akan berkerjasama dengan PUBG Mobile seperti yang dinyatakan oleh Tencent, publisher untuk PUBG Mobile.

Menurut website XDADeveloper, Mod tersebut telah pun dimasukan kedalam PUBG Mobile tetapi didalam versi Beta yang dinamakan sebagai RE2: Sunset. Melalui mod ini, terdapat musuh zombie yang diambil daripada permainan video Resident Evil 2 seperti Licker, Tyrant dan G.

Pemain akan bermain di peta Erangel dan setiap kali pemain dapat membunuh zombiezombie ini, mereka akan mendapat barang dan equipment tambahan. Maybe akan ada helmet zombie dan baju kalis peluru yang ada tulis R.P.D kot.

PUBG LITE

PUBG Corp sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan membawa PUBG dengan spefikasi yang rendah ke Thailand dan baru-baru ini mereka juga memberitahu bahawa playerplayer di Malaysia juga dapat mencuba versi PUBG tersebut bermula 14 February ini!

Versi yang dipanggil PUBG Lite ini merupakan permainan video PUBG untuk PC yang membolehkan pemain bermain game PUBG dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding PUBG original.

Dibawah ini adalah Minimum Specification dan juga Recommended Specification yang diperlukan untuk pemain download dan bermain PUBG Lite di PC:

MINIMUM SPECIFICATION

  • OS: Windows 7/8/10 64 Bit
  • CPU: Core i3 2.4GHz
  • RAM: 4GB
  • GPU: Intel HD Graphic 4000
  • HDD: 4GB

RECOMMENDED SPECIFICATION

  • OS: Windows 7/8/10 64 Bit
  • CPU: Core i5 2.8GHz
  • RAM: 8GB
  • GPU: Nvidia GeForce GTX 6600 or AMD Radeon HD 7870
  • HDD: 4GB

KATALAKI: Apa barang main PUBG, Orang sekarang main Apex Legends lah bro!

Last modified: 12 February 2019