Zombieland: Double Tap – Ini Yang Korang Perlu Tahu!

Sembang

Minggu ini, sebuah filem zombie terbaik bagi aku sudah pun keluarkan trailer terbaru dorang untuk sequel movie dorang yang dipanggil Zombieland: Double Tap. Movie pertama Zombieland telah ditayangkan pada 2009 dan selepas 10 tahun kita akan dapat melihat sequel untuk movie ini.

Untuk Zombieland yang pertama, movie ini berjaya memperolehi lebih daripada USD100 juta untuk jualan tiket dan mendapat pujian yang tinggi daripada peminat malah antara movie zombie yang menerima rating tertinggi di Rotten Tomatoes iaitu 90%. Jom kita tengok apa yang dorang still terapkan dan ubah untuk Zombieland: Double Tap.

PELAKON UTAMA YANG SAMA!

Korang jangan risau sebab dorang masih menggunakan pelakon utama yang dorang gunakan untuk Zombieland yang pertama. Jesse Eisenberg masih akan bawa watak nerd yang nak jadi hero iaitu Columbus. Woody Harrelson kekal membawa watak Tallahassee yang masih mencari Twinkies.

Manakala dua orang adik beradik, Wichita dan Little Rock yang dilakonkan oleh Emma Stone dan juga Abigail Breslin yang mana sebelum ini cuba larikan diri daripada Columbus dan Tallahassee kini sudah rapat macam sebuah keluarga!

WATAK BARU

Berdasarkan trailer yang tunjuk tempoh hari, kita boleh lihat beberapa watak baru telah diperkenalkan dalam sequel Zombieland ini. Antaranya yang pasti kumpulan mereka akan disertai oleh Zoey Dutch yang membawa watak Madison. Nampak macam Wichita agak cemburu Madison rapat dengan Columbus!

Selain itu, kita juga dapat melihat pelakon Rosario Dawson yang mana sedang mengacu pistol pada Tallahassee. Dia dikatakan akan membawa watak Nevada. Kita juga dikejutkan dengan dua watak yang lebih kurang seperti Columbus dan Tallahassee yang mana dilakonkan oleh Luke Wilson dan juga pelawak terkenal Thomas Middleditch.

STORYLINE

Selain daripada storyline yang mereka perlu survive daripada diserang oleh zombiezombie yang semakin banyak, kita juga mungkin dapat melihat jalan cerita yang mana Little Rock telah merajuk dan melarikan diri daripada, Columbus, Tallahassee dan kakaknya, Wichita.

Jadi aku rasa main storyline untuk Zombieland: Double Tap adalah mereka dalam misi untuk mencari dan menyelamatkan Little Rock. Kalau korang tengok dalam trailer, Little Rock dah besar dan dia telah bertemu dengan seorang lagi watak baru iaitu Berkeley yang dilakokan oleh Avan Jogia.

PENGARAH VENOM!

Zombieland: Double Tap masih lagi mengekalkan pengarah yang sama daripada Zombieland yang pertama iaitu Ruben Fleischer. Boleh dikatakan nama Ruben mula terkenal disebabkan betapa bagusnya Zombieland yang pertama dan pujian yang diterima untuk filem ini.

Image Via: https://www.youtube.com

Selain daripada Zombieland, Ruben juga merupakan pengarah untuk Gangster Squad yang dikeluarkan pada tahun 2013 dan juga filem Venom yang dikeluarkan pada 2018. Tak dilupakan dia juga akan mengarah Venom 2 yang mana akan kemungkinan besar akan memasukan watak Carnage yang akan dilakonkan oleh Woody Harrelson!

KATALAKI: Zombieland: Double Tap akan ditayangkan pada 18 Oktober 2019!

Last modified: 31 July 2019