Zul Ariffin Penyelamat Filem Sangkar

Sembang

Filem terbaru yang berkonsepkan Mixed Martial Arts (MMA), Sangkar akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 29 Ogos 2019, lakonan Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah. Untuk info, ini filem pertama yang diterbitkan di Malaysia menggunakan konsep dan jalan cerita yang ada kena-mengena dengan seni pertahanan diri MMA.

Image Via : imdb.com

Filem Sangkar mengisahkan tentang dua orang fighter, Adam lakonan Zul Ariffin dan Johan lakonan Remy Ishak yang berjuang di dalam sangkar MMA untuk membuktikan siapa yang layak bertarung di peringkat tertinggi. Ada sesuatu yang terjadi antara Adam dan Johan yang menyebabkan Johan tak boleh lagi bertarung di dalam sangkar MMA untuk membantu keluarganya. Adam yang tersedar daripada kesalahannya, cuba mencari jalan untuk membantu Johan sekeluarga.

Kalau korang rasa filem ni pasal cinta semata-mata sebab ada Mira Filzah dalam filem ni, tanggapan korang salah. Jalan cerita filem ni boleh dikatakan lari daripada filem-filem lain yang pernah ditayangkan kat Malaysia. Korang susah nak baca apa akan dalam babak-babak seterusnya dalam filem Sangkar ni. Susunan jalan cerita dalam filem Sangkar juga akan buatkan korang sentiasa cuba untuk menjangka apa sebenarnya yang terjadi antara Adam dan Johan. Sepanjang kami menonton filem ni, jangkaan kami semuanya salah.

Aksi tumbuk-menumbuk dalam filem Sangkar juga memang layak dipuji disebabkan aksi lasak yang ditunjukkan nampak real dan kesan bunyi yang tidak terlalu merepek. Pemilihan Zul Ariffin dan Remy Ishak sebagai pelakon utama dalam filem ni memang tepat. Bukan dari permulaan sampai ke hujung filem ni Zul Ariffin dan Remy Ishak akan bertumbuk je. Chemistry antara Zul Ariffin dan Remy Ishak dalam filem ni memang padu seakan-akan abang dan adik sampai ada penonton yang menitiskan air mata dalam babak sedih yang disusun cantik oleh pengarah Khabir Bhatia.

Setiap benda yang dihasilkan tak semestinya semuanya sempurna. Ada gak beberapa kelemahan dalam filem Sangkar ni. Salah satunya ialah ulasan semasa perlawanan MMA yang berlangsung di dalam sangkar menggunakan dua bahasa. Ada babak yang menimbulkan rasa awkward dan lawak bila dua pengulas perlawanan MMA menggunakan dua bahasa yang berbeza.

Selain tu gak, ada dua watak di dalam filem Sangkar yang boleh dilakonkan dengan lebih baik lagi dan lebih real iaitu watak Lea lakonan Mira Filzah dan watak Bob lakonan Ray. Babak lawak yang cuba dicipta menerusi lakonan Ray agak kurang menjadi dan mungkin terlalu dibuat-buat. Sejujurnya dan tak dijangka, watak Adam lakonan Zul Ariffin sebenarnya yang boleh buat penonton tergelak dari awal filem bermula sampai la habis.

Pujian juga patut diberikan kepada pelakon cilik, Nik Adam Mika yang pandai melakonkan babak sedih, gembira, marah dan merupakan penyeri dalam filem Sangkar.

Filem Sangkar diarahkan oleh Khabir Bhatia yang sebelum ni popular dengan drama Nur Kasih, filem Nur Kasih The Movie, Cinta, Bisik Pada Langit dan Pulang. Maknanya korang dah boleh agak macam mana menariknya jalan cerita dan sinematografi yang ditampilkan dalam filem Sangkar ni.

 

View this post on Instagram

 

SANGKAR DAY 20..I THINK..ERM..Big arse set up…filmmaking couldn’t get better!

A post shared by kabir bhatia (@kabirbhatia_022) on

Ini antara respons penonton di media sosial yang dah menonton filem Sangkar.

KATALAKI: Lepas korang tengok filem Sangkar nanti, tanya diri sendiri, layak tak untuk korang recommend filem Sangkar kat kawan-kawan. Kalau layak, cepat-cepat la racun kawan-kawan korang untuk pergi tengok filem Sangkar kat wayang okeh!

Last modified: 2 September 2019